Pak Lah “Meninggal Dunia” Adalah PALSU!!! | EDISI MG 3 Ogos 2020

Pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kesal dengan penularan berita palsu bahawa keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

Dalam satu kenyataan, pegawai khas kepada Abdullah, Datuk Jefridin Atan berkata, bekas perdana menteri itu dalam keadaan sihat walafiat dan menafikan berita tular berhubung keadaan kesihatan Tun dan beliau berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga.

Semalam, tular khabar angin mengatakan bekas Perdana Menteri sekali yang lebih dikenali sebagai Pak Lah telah meninggal dunia.