KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan menegur beberapa ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menghormati persidangan yang sedang berlangsung.

Dengan tegas beliau mengarahkan agar ahli Parlimen terbabit supaya hanya bangun mencelah apabila dibenarkan.

Azhar terpaksa bertindak demikian selepas beberapa ahli Parlimen pembangkang cuba mencelah ketika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, berucap dalam sesi pengulungan perbahasan Titah Diraja ucapan Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

Antara ahli Parlimen itu termasuk Ahli Parlimen Padang Serai M Karupaiya, Kasthuriraani Patto (Batu Kawan) dan Hannah Yeoh (Segambut).

“Tolonglah… kita kena ada ‘decorum (kesopanan atau ketertiban). Kalau Yang Berhormat enggan beri laluan kita kena menghormatinya,” katanya.

Beliau kemudiannya meminta Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menyambung pengulungan perbahasannya.

Azhar turut menegur Ahli Parlimen (Bayan Baru-PH), Sim Tze Tzin, kerana mengulangi kesalahan sama biarpun teguran sudah dibuat beberapa kali.

“Bayan Baru kalau mahu mencelah tolong minta kebenaran YB Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast