Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research
Menara MIDF di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR- Amanah Investment Bank Bhd. (MIDF Investment Bank) mengumumkan Imran Yassin Md. Yusof sebagai Ketua MIDF Research yang baharu berkuatkuasa 7 Julai lalu.

Imran sebelum ini merupakan Penganalisa Kanan di MIDF Research dan mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam pelbagai bidang seperti perbankan pelaburan, perundingan, kerajaan dan korporat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Investment Bank, Datuk Dominic Silva berkata, pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan yang wajar terhadap kemampuan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kewangan dan Ekonomi) dari City University of London itu.

“Imran telah memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan Research kami sejak lebih 10 tahun dan kami yakin bahawa beliau akan mampu untuk menerajui MIDF Research ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette