Pejabat rangkaian Al Jazeera di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Al Jazeera mengecam tindakan polis yang melakukan serbuan dan merampas dua komputer di pejabat Al Jazeera malam tadi.

Serbuan itu dilakukan selepas sebulan polis merakam kenyataan tujuh kakitangan media ini lanjutan siasatan berhubung laporan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang disiarkan pada 3 Julai lalu.

Laporan itu berhubung tindakan Kerajaan Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Giles Trendle, Pengarah Urusan Al Jazeera English, berkata, pihaknya “sangat prihatin” dengan serbuan itu dan meminta Kerajaan Malaysia menghentikan siasatan jenayah terhadap wartawannya dengan segera.

“Melakukan serbuan di pejabat kami dan merampas komputer adalah tindakan keras yang membimbangkan oleh pihak berkuasa terhadap kebebasan media dan menunjukkan sejauh mana mereka berusaha untuk menakut-nakutkan wartawan.

“Al Jazeera akan terus berada bersama wartawan kami dan mempertahankan laporan kami. Kakitangan kami melakukan pekerjaan mereka dan mereka tidak perlu untuk menjawab atau meminta maaf. Kewartawanan bukanlah suatu kejahatan,” kata Trendle dalam satu kenyataan di sini.

Artikel berkaitan:

Al Jazeera berat sebelah – Pemuda UMNO

Polis siasat Al Jazeera

Al Jazeera digesa mohon maaf kepada kerajaan, rakyat Malaysia

Al Jazeera perlu mohon maaf secara terbuka

Siapa dalang di sebalik dokumentari Al Jazeera? – Zahida

Makna kebebasan bersuara Al Jazeera

Al Jazeera nafi dokumentari tidak tepat, mengelirukan, tidak adil

Kakitangan Al Jazeera disiasat 6 jam di Bukit Aman

Sebelum ini, Ketua Polis Negara berkata, siasatan terhadap tujuh kakitangan agensi media antarabangsa Al Jazeera dibuat selepas menerima arahan Jabatan Peguam Negara.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka yang dipanggil memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman terdiri daripada editor, pemberita dan jurukamera.

Sambil memberi jaminan bahawa media di negara ini bebas membuat laporan tetapi pada yang sama beliau mengingatkan undang-undang menjaga keharmonian kaum dan agama perlu diambil serius.

Menurut Abdul Hamid, dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang disiarkan oleh agensi berita itu telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalan rakyat Malaysia kerana wujud unsur memburukkan nama negara tanpa asas kukuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Shame on you tredle. U think ur freedom of journalisme only matters? We Malaysian dont have our rights to defend our country? Is this fair? Syabas polis n gomen abah din. We support u all.

  2. Bullshit Tredle!!
    Get out from Malaysia!!
    If ur mom know about what u said….she will kick ur ass!!

    Terbaik PDRM!!
    TERUSKAN TUGAS. SAYA RAKYAT MALAYSIA BERSAMA2 PDRM!!!

  3. Kebebasan media tahi anjing ko, klu do beri kebebasan mrosakn ngra org lain tak plu bebes kot..haram kn media aljezera tu drpp mysia..media bodoh n merosakn ngra org..tak pyh kurang ajar sgt..hrp phk berkuasa ngra bertegas dgn penjahat2 n pfitnah2 ni..aljezira slh ngra kot dia nak bebas ni..ngra ada undnag2, ko tak blh buat sesuka hti ya..haram kan aljazerra ni..

  4. HARAMKAN dan HALAU media2 HARAMJADAH macam nie drpd MALAYSIA,
    media HARAMJADAH nie telah MEMBURUKKAN NAMA MALAYSIA di mata DUNIA,
    MALAYSIA ADA MARUAH!!
    HARAMKAN DAN HALAU AL JAHILIYAH NIE!!
    AL JAHILIYAH XLAYAK DUDUK DALAM MALAYSIA!!

Comments are closed.