Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Tindakan salah lapor oleh Al -Jazeera jelas sekali menunjukkan media ini mempunyai niat jahat terhadap Malaysia bagi memberi gambaran buruk Malaysia menzalimi warga asing.

Lantaran itu, ketegasan kerajaan sangat diperlukan pada saat-saat banyak pihak cuba untuk memburuk-burukkan imej negara, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

”Ramai tahu Al Jazeera juga sering menyiarkan berita berat sebelah dan sering menyerang kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, tapi perkara itu tidak berlaku ketika 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan.

“Hari ini media asing itu sudah mula untuk memburuk-burukkan kerajaan Perikatan Nasional pula. Kenapa? Adakah ada pemimpin PH yang berada di belakang media asing tersebut?,” soalnya.

Beliau mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan langkah-langkah penularan Covid-19.

Katanya, sayap UMNO itu mengecam sekeras-kerasnya sebarang tindakan jahat dan biadap pihak luar yang cuba menjatuhkan imej negara termasuk warga asing yang tinggal dalam negara ini. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. mungkin betul.. media2 asing main peranan masa kejatuhan “parti tsbt” & setelah “parti pembangkang” masuk bekerja, senyap selama 22 bulan media2 asing ini seolah2 tangan digari. & sekarang, lihatlah.. gari di buka semula & media2 asing kembali beraksi sama spt modus dimainkn utk kejatuhan “parti tsbt”. sape dalangnya? ada perasan ka…??

  2. Agensi tempatan seperti bernama atau pun malaysian gazette sendiri kena siar dan viralkan berat sebelah al jazeera mahupun agensi2 media yang lain.

  3. Jelas sangat, kerja dia orang. Tengok dokumenteri pun bolih baca dan lihat gaya narratif wartawan Al Jazeera. Semua prop up dan satu dengan flashback,flashback yang berskrip agenda memburukan Malaysia. Ada clip dimana seorang perempuan India, bercakap dgn Bangla macam wakil NGO tempatan, PDRM siapa beliau ini begitu pandai berlakon macam filem hindi. Cina Apek yg bagi bantuan kepada pendatang asing yg tiada punca pendapatan akibat covid itu baik. Tapi orang lain dan NGOs Islam yang lebih jauh banyak membantu mengapa tidak videokan dalam dokumentari, paling bangang pun Al Jazeera bolih cedok dari youtube,bukan ada copyright pun. Saja je. tunjuk Cina apek tu baik, repersenting the chines..phui… geram sangat tengok narratif yg ingin di tonjolkan. PDRM mesti korek dia orang yg jelas, menjadi dalang memburukan negara. Bagai duri dalam daging. Macam api dalam sekam. Bagai ayam jantan berkokok, ekor bergelumang tahi. Bukan susah pun nak kenal puak2 sial ni.

  4. Nama pun dalang selagi cita2 dia tidak tercapai. Selagi itu lah media asing dapat mengambil kesempatan kedalangan nya itu.

Comments are closed.