Wartawan Al-Jazeera semasa bersama peguam-peguamnya berjalan keluar selepas memberi keterangan berhubung dokumentari yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Selepas enam jam diambil keterangan enam kakitangan agensi berita Al Jazeera akhirnya dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kesemua mereka dilihat keluar dari ibu pejabat polis itu bersama peguam pukul kira-kira pukul 3 petang.

Antara yang diambil keterangan dalam siasatan itu wartawan Al Jazeera, Drew Ambrose, juruvideo, editor dan produser yang dikatakan terlibat dalam pembikinan laporan kontroversi yang disiarkan baru-baru ini.

Selepas memulangkan pas kebenaran masuk ke Bukit Aman mereka kemudiannya dilihat menaiki kenderaan jenis Toyota Velfire warna putih sebelum beredar.

Terdahulu, kesemua mereka tiba bersama peguam pukul 8.50 pagi untuk diambil keterangan berhubung siaran dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown di program 101 East.

Video selama 25 minit itu mendakwa kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sebelum ini polis memaklumkan, Al Jazeera akan dipanggil untuk disiasat susulan laporan polis yang dibuat terhadap mereka berikutan dokumentari yang disiarkan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kakitangan Al Jazeera di Bukit Aman untuk disoal siasat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pelabur2 kebiasaan akan lari bilamana negara digambarkan seolah2 sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan!

    Wartawan, penerbit, editor berita FAKE NEWS, sabit kesalahan penjara MANDATORI!

    Carilah pendakwara raya terbaik, diharap kerajaan bertegas!

Comments are closed.