Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Media luar seperti Al Jazeera disifatkan berat sebelah kerana mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan memburukkan kepimpinan kerajaan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan, ysaha kerajaan dalam menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak wajar dipertikaikan.

Jelas belau, ini adalah soal kedaulatan negara serta keselamatan rakyat Malaysia dan pihak luar tidak seharusnya campur tangan.

“Fitnah jahat terhadap Malaysia yang mengatakan tindakan kerajaan dalam mengesan serta menempatkan PATI semasa pandemik Covid-19 adalah satu bentuk rasisme adalah biadap dan menghina negara.

“Realitinya, Malaysia sentiasa melindungi hak dan keselamatan semua pihak termasuklah warga asing.

“Teruskan usaha membasmi PATI, kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong usaha kerajaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Cer siasat tgk. Kot2 ada anasir2 dari dalam negara yg berpakat ngan al jazeera ni nak burukkan kerajaan sediada. Kalau kemaruk kuasa ni, apa pun sanggup buat. Kerajaan Najib dulu jatuh psl artikel Sarawak Report & The Edge. Mungkin taktik sama digunakan skang ni?

Comments are closed.