Arteta bersama anjing peliharaannya. Foto Agensi.

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sanggup membuat pelaburan besar apabila membeli seekor anjing sebelum kemenangan kelab itu ke atas Chelsea, pada final Piala FA.

Pembelian anjing jenis Dutch Shepherd itu bertujuan bagi melindungi kediamannya daripada diceroboh individu tidak bertanggungjawab.

Harga anjing itu dikatakan bernilai £20,000 (RM110,359).

Pengurus kelahiran Sepanyol itu membeli haiwan tersebut daripada Elite Protection Dogs yang menawarkan khidmat menyediakan anjing istimewa untuk golongan eksklusif.

Jurulatih The Gunners itu berpindah ke London pada Disember lalu selepas menerima jawatan pengurus kelab di utara London.

Sebelum ini dia  tinggal di Manchester semasa menjadi penolong pengurus di Manchester City. – MalaysiaGazette