Monday, December 2, 2024
Home Seni Hidup Lepas bedah bariatrik, Michael hilang 52kg

Lepas bedah bariatrik, Michael hilang 52kg

Foto Instagram Michael Ang.

KUALA LUMPUR  – Penampilan fizikal terbaru pengarah drama Michael Ang mengejutkan peminatnya apabila dia dilihat semakin langsing dan berat badannya kini semakin susut.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Michael mengakui tidak selesa dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya dan berhasrat ingin kembali menjadi gempal seperti dahulu.

“Salam semua. Okay I think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don’t like how I look now! Love you all and stay safe!” tulisnya.

Michael turut mendedahkan dia hilang sebanyak 52 kilogram (kg) selepas menjalani pembedahan bariatric sleeve atau Bariatrik pada tahun 2018.

“Dulu berat saya 128 kg, kini berat badan saya 76 kg. Semenjak melakukan pembedahan terbabit, berat badan saya mula turun secara perlahan-lahan,” katanya yang berusia 44 tahun itu.

Michael berkata, dua tahun sebelum menjalani pembedahan tersebut dia cuba untuk mengamalkan diet tetapi sering gagal.

Jelas pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu, selepas penbedahan dia tidak mengalami diabetes lagi dan nafasnya tidak mengah seperti duhulu lagi.

Namun melihat susuk tubuhnya yang terus mengecil, Michael akui dia mula risau dengan penampilannya itu. Kata Michael lagi, dia sendiri merasakan kelihatan buruk jika dirinya terlalu kurus.

“Bila orang tegur, mereka berkata mengenai penampilan saya, Sejujurnya, saya sendiri pun rasa tak nak nampak kurus sangat.

“Sebab, saya sendiri rasa saya ‘buruk’ apabila saya kurus sangat. Apa yang penting, saya sudah semakin sihat. Saya juga bersyukur kerana proses ‘pengecilan’ badan saya ini tidak membuatkan kulit saya menjadi menggelebeh,” katanya lagi.

Sementara itu, pembedahan Bariatrik adalah pembedahan minor yang mengambil masa sekitar 30 minit saja.

Pembedahan itu sesuai untuk individu yang mengalami obesiti dan masalah kesihatan berkaitannya.

Kebanyakan pesakit yang datang untuk menjalani pembedahan bariatrik bukan sahaja mahu menurunkan berat badan tetapi juga mengalami sakit belakang, sakit sendi, sendi rosak, menghidap diabetes dan komplikasi jantung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast