Kontena-kontena yang mengandungi sisa toksik EAF dari Romania.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak akan menjadi tong sampah dunia dalam aktiviti pembuangan sisa-sisa toksik dan plastik.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan sentiasa memantau perkembangan terkini di pelabuhan-pelabuhan negara bagi memastikan tiada lagi negara yang cuba untuk membuat sebarang sisa-sisa mereka ke negara ini.

“Kita mengambil serius isu ini, Malaysia tegaskan tidak akan jadi tong sampah dunia dengan kata lain kita bertindak tegas terhadap sebarang unsur-unsur yang cuba bawa masuk kontena kontena yang mempunyai sisa-sisa toksik ataupun yang tidak mematuhi peraturan-peraturan dan sebagainya.

“Untuk makluman kementerian ini ditubuhkan pada Mac 2020 dan betul-betul waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita telah pun mengesahkan penghantaran pulang 13 kontena yang mengandungi sisa-sisa toksik dan 42 kontena yang punyai bahan plastik ke negara asal,” jawab beliau kepada jawapan tambahan¬† Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai).

Sejak suku ketiga tahun lalu, Malaysia berjaya menghantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik dengan anggaran 3,737 tan ke negara asal pengeksport.

Tuan Ibrahim berkata, negara-negara yang didapati menghantar bahan-bahan ini antaranya, Amerika Syarikat sebanyak 36 kontena, Korea Selatan dua kontena, Vietnam dua kontena dan masing-masing satu kontena bagi United Kingdom dan Poland.

Jumlah itu melibatkan keseluruhan 42 kontena dengan berat 793,553 kilogram bahan buangan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tapi puak kapitalis yang cauvinis telah menjadikan negara ini pusat sampah bagi mengaut keuntungan atas pernaigaan tersebut dan kelonggaran undang undang di sini..

Comments are closed.