TERKINI : Imigresen Berjaya Tumpas Sindiket Pemalsuan Dokumen – Datuk Indera Khairul

Dua sindiket pemalsuan dokumen yang didalangi warga Myanmar dan aktif di ibu negara berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi di dua buah premis perniagaan semalam.

Ia merupakan kejayaan hasil perkongsian maklumat risikan jabatan itu dengan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dilakukan sejak dua bulan lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, hasil operasi tersebut JIM menahan seramai 16 lelaki warga asing yang terdiri daripada 15 warga Myanmar, seorang warga Bangladesh dan seorang warga tempatan.

Katanya, aktiviti sindiket itu telahpun dihidu sejak Mei susulan pendaratan etnik Rohingya di Pantai Kuala Muda, Kedah pada Mac lepas.