TERKINI : Jawatankuasa Pilihan Khas Pemulangan Aset 1MDB Perlu Ditubuhkan – Tony Pua

Melihat kepada perkembangan positif isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), DAP hari ini mengusulkan agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas pemulangan aset untuk syarikat itu serta juga SRC International.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mahu jawatankuasa itu ditubuhkan segera untuk memantau dan menilai tindakan terhadap pemulangan aset berkaitan.

“Harap satu Jawatankuasa Khas Parlimen memantau pihak kerajaan dan diharapkan pihak tuan Speaker memberi usul ni dibahaskan sama ada jawatankuasa khas ini dapat ditubuhkan ataupun tidak,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

1 Komen

Comments are closed.