Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digalak supaya mengadakan mesyuarat penuh secara terbuka dengan orang ramai dan wakil media sebagaimana yangd dinyatakan di dalam Seksyen 23 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd. Mutalib berkata, amalan itu bertujuan agar segala perancangan pembangunan, pengurusan dan masalah PBT boleh dikongsi bersama rakyat bagi mewujudkan kesejahteraan bersama.

Jesteru beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan program Live Stremaing Mesyuarat Penuh Majlis PBT mulai tahun 2015 untuk menyampaikan maklumat mengenai mesyuarat penuh PBT secara langsung kepada rakyat.

“Program Live Streaming adalah bertujuan untuk memberikan akses secara maya kepada rakyat setempat memgikut mesyuarat penuh majlis PBT.

“Melalui pendekatan ini, rakyat akan dapat menilai dan mengukur ketelusan dan tadbir urus PBT dengan lebih berkesan.

“Ini juga dapat membantu rakyat mengetahui perkembangan perancangan pembangunan setempat selain meningkatkan keyakinan mereka terhadap ketelusan dan profesionalisme pegawai PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (Rompin-BN), Datuk Seri Hassan Ariffin yang bertanya apakah pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan hebahan tentang peruntukan ini kepada orang ramai serta menggalakkan PBT untuk mewar-warkan dengan lebih meluas tentang notis mengenai mesyarakat kepada orang awam.

Ismail menambah, sebanyak 320 program live streaming mesyuarat penuh majlis PBT telah dilaksanakan PBT sejak 2017 sehingga Jun 2020.

Bagaimanaoun, kepiutusan PBT untuk mengadakan mesyuarat penuh PBT secara terbuka adalah tertakluk kepada PBT di negeri masing-masing. – MalaysiaGazette