KUALA LUMPUR – Slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ yang dipopularkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali nampaknya dijadikan modal pembangkang sebagai mengkritik kerajaan.
Ahli Parlimen Seputeh (PH), Teresa Kok yang juga mantan di kementerian yang sama dilihat seolah-olah tidak berpuas hati dengan slogan baharu itu.
Beliau sebelum itu memperkenalkan slogan ‘Sayangi Sawitku’ ketika era pemerintahan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, Teresa hilang kata-kata apabila Mohd Khairuddin membidas hujahnya membuatkan beliau kembali duduk di kerusinya.
“Slogan yang diguna pakai Seputeh, Sayangi Sawitku, kenapa tak guna sayangi kokoku, sayangi getahku, sayangi kenahku, kenapa kelapa sawit?
“Saya gunakan sawit anugerah Tuhan. Adakah Yang Berhormat menafikan getah anugerah Tuhan, koko anugerah Tuhan. Adakah menafikan Yang Berhormat Seputeh dari DAP, tidak menafikan.
“Yang Berhormat Seputeh baik. Adakah menafikan orang lain tidak baik? Saya sedang bercakap tentang kebaikan yang dijalankan oleh Seputeh yang melancarkan slogan Sayangi Sawitku, ” katanya.
Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, pihaknya menukar slogan itu disebabkan yakin kerajaan akan dapat membawa sawit menembusi pasaran global di samping akan memastikan mendapat pasaran baharu.
Katanya, menerusi inisiatif itu, industri sawit negara dapat mengurangkan pergantungan kepada pasaran Eropah semata-mata. – MalaysiaGazette
kakakakah. dapat kuasa pun anugerah tuhan juga. tapi kena lah buat sikit usaha tebuk atap ke belakang ke. orang islam buat halal belaka.
Asyik2 tebuk atap.. Macam dah takde modal lain. Sapa suruh tun resign?. Salah sendiri pastu salah kan orang lain.. Podahhhhh