Betty Chew

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew bagi membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta.

Ketika mengesahkan penahanan itu, peguam Lee Khai yang mewakili Chew, berkata SPRM sedang menyiasat satu laporan berhubung sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd, yang didakwa mempunyai kaitan dengan Chew.

“Saya bertindak sebagai peguam Chew dan menemani beliau untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Chew yang ditemani peguam dan adik iparnya Lim Hui Ying tiba di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada pukul 10.45 pagi untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Berdasarkan pemantauan petugas media yang “berkampung” di perkarangan bangunan SPRM Pulau Pinang, Chew masih berada di dalam pejabat suruhanjaya itu setakat 4 petang tadi.

Mengulas lanjut, Lee berkata wang jaminan sebanyak RM50,000 telah disediakan bagi mengikat jamin Chew.- BERNAMA

3 Komen

  1. Masa bila pulak bini Lim Guan Eng Ni jadi penyamun perompak wang rakyat sedangkan Menteri Kewangan 22 bulan tidak pernah sebut pun. Heran lagi amat ajaib KES ni.

Comments are closed.