Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Anak Lim Guan Eng mendakwa penahanan bapanya selepas keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan sudah pun dijangka berlaku.

Dakwa Marcus Lim, rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor.

“Motif mereka jelas, fitnah dan cemarkan DAP sebagai sebuah parti yang korup untuk hancurkan PH sikit demi sikit,” katanya.

Beliau yang menyifatkan pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas Guan Eng adalah pendakwaan politik dan tindakan ini amat menjijikan.

Katanya, bapanya akan mempertahankan dirinya.

“Berani kerana benar,” ujarnya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi didakwa di mahkamah pagi ini.

Pendakwaan membabitkan bekas Menteri Kewangan itu berhubung skandal projek terowong bawah tanah. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Anak Lim Guan Eng mendakwa penahanan bapanya selepas keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan sudah pun dijangka berlaku.
    Dakwa Marcus Lim, rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor.
    Mudah anak penyamun ini menuduh fitnah pihak berkuasa undang-undang Malaysia melindungi Jenayah bapanya.
    Tidak boleh didakwa ke kenyataan anak penyamun duit rakyat negeri dan harta negara Malaysia ini? Para Ngo’s serta pengamal undang-undang yang Arif diminta beri perhatian dalam kes ini.

  2. Kalau macam tu anak DSN boleh ckp selepas kejatuhan PH pasti DSN akan di bebaskan dari tuuduhan 1MDB…agak2 lah ah pak busuk .

  3. Tapi masa bapak Dia tuduh Najib penyamun perompak anak lim guan eng tidak pulak bersuara. Bila kena pada batang hidung sendiri hendak salahkan parti politik yang memerintah pulak. Kes LGE dah lama Tapi bila ph ambil Alih. Kes itu terhenti sekarang elok lah dijalan semula supaya adil dengan apa yang berlaku pada Najib.

  4. Bila DSNR kena jatuh hukuman oleh mahkamah, DAP dan pasukannya dari pH bertepuk tangan dan tersenyum puas,, bila baru seorang pemimpinnya diheret oleh mahkamah tak puas hati pulak,,,ikut aja lah undang²…bukan kah itu sebahagian dari rukun negara,, dlm DAP sendiri pun banyak yg lebih memahami undang² Kerana ramai Peguam, yg salah tetap salah takkan laa nak dilepaskan spt pH memerintah 22 bulan sebelum ini,, banyak sangat yg melanggar undang² negara terlepas… Seperti LTTE, pembunuhan pegawai bomba arwah adib ..dll biarkan lah mahkamah melaksanakan bidang kuasa mereka salah tetap salah.

Comments are closed.