Beberapa pemimpin DAP dikatakan akan menyertai MCA namun desas-desus itu dinafikan pemimpin DAP.

KOTA KINABALU – DAP Sabah dijangka menggunakan lambang “roket” dalam pilihan raya negeri Sabah, walaupun terdapat cadangan supaya parti-parti seangkatan untuk menggunakan lambang Warisan secara bersama.

Ketua Pemuda Sosialis DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, DAP Sabah telah berbincang mengenai isu lambang dan setakat ini, parti itu masih mengekalkan ketetapan terdahulu, iaitu menggunakan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya.

Katanya, DAP telah berakar di Sabah sejak 1978, dan orang Sabah mengenali parti itu berbanding parti lain yang lebih baharu.

“Ketika zaman kemuncak DAP Sabah pada 1986, kami mempunyai empat Ahli Parlimen dan pada 2013 memenangi dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dalam pilihan raya lalu pula, kami memenangi tiga kerusi Parlimen dan mempunyai tujuh ahli dalam DUN,” katanya dipetik Sinchew Daily.

Beliau berkata, roket merupakan lambang parti yang dikenali di kawasan tumpuan pengundi Cina dan juga di kawasan pedalaman Sabah.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah, Khairuddin Daud sebelum ini mencadangkan supaya semua parti dalam Pakatan Harapan + (PH+) menggunakan lambang Warisan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sabah.

Katanya, penggunaan logo yang sama bertujuan menonjolkan penyatuan dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan pimpinan Warisan, selain tanda penolakan terhadap pemimpin yang berpaling untuk menyokong  bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jelas modus utama DAP tetap dgn dasar serta logonya jika tempat itu solid untuknya.
    DAP akan “bersama” memakai seluar dalam dan makan sepinggan serta bermesra dalam kelambu orang lain jika perbuatan itu menjadikan dia MENANG.
    Ada yang tidak tahu lagi?

Comments are closed.