Ikan paus spesis humpback. Gambar hiasan

SYDNEY – Seorang wanita cedera diserang oleh ikan paus humpback di barat Australia Barat dalam kejadian kedua dalam masa kurang dari seminggu.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menyelam di terumbu Ningaloo yang terkenal.

Terumbu Ningaloo di Pantai Karang Barat Australia terkenal dengan kepelbagaian hidupan lautnya dan merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di negeri ini.

Kejadian  berlaku hanya beberapa hari selepas seorang wanita lain mengalami patah tulang rusuk dan pendarahan dalaman setelah disambar oleh ikan paus di terumbu yang sama.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kedua-dua insiden tersebut.

Mangsa yang berusia 29 tahun dalam kejadian pertama pada hari Sabtu lalu terperangkap di antara dua ikan paus humpback yang boleh membesar hingga 19 meter (62 kaki).

Seorang wanita lain pula dilaporkan koyak paha belakangnya setelah terkena sirip ikan paus tersebut.

Ikan paus humpback adalah spesis bersaiz besar.

Dalam kejadian terbaru, Alicia Ramsay yang berusia 30 tahun memaklumkan dia sedang menyelam dekat terumbu tersebut sebagai sebahagian daripada lawatan ikan paus ketika dia didatangi oleh spesis berkenaan secara berkumpulan.

“Ia kemudian datang semula dan berada di antara kami. Ketika itu ia mengeluarkan sirip dan mendapatkan saya,” ujar mangsa.

Ramsay diterbangkan ke Royal Perth Hospital, yang mana para doktor mengatakan dia mengalami luka yang agak ringan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast