Robin van persie memulakan kariernya sebagai jurulatih di kelab asalnya Feyenoord setahun selepas bersara dari dunia bola sepak.

LONDON – Bekas superstar the Red Devils, Robin van Persie kembali ke kelab asalnya sebagai jurulatih Feyenoord.

Van Persie, 37, sebelum ini mengakhiri musim terakhirnya sebagai pemain kelab itu.

Bekas penyerang Arsenal itu akan bertugas sebagai jurulatih di bawah Pengurus Feyenoord Dick Advocaat untuk melatih pemain jentera serangan.

“Ia masih belum dimuktamadkan secara rasmi maka sukar untuk saya mengesahkannya.

“Sebenarnya ia adalah situasi menang-menang. Saya mahu melihat sama ada boleh meneruskan tugas baharu ini membantu staff kelab ini,”katanya.

van Persie melakukan 102 penampilan untuk Belanda dan menjaringkan 35 gol dalam 98 penampilan di Liga Eredivisie Belanda sejak dua musim lalu bersama Feyenoord.

Sejak menggantung but bola sepak musim lalu, van Persie berkhidmat sebagai pengulas sukan dalam agensi media di England selama ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast