Walaupun tiga perempat AJK Bersatu Bahagian Bangi keluar parti, bahagian itu tidak terbubar.

BANGI – “Saya tidak sanggup untuk dilihat sebagai seorang yang tidak ada prinsip dalam memegang jawatan”.

Itu gesaan bekas Ketua Bahagian Bersatu Bangi, Mohd Sufian Mat Yunus yang mendedahkan beliau ada menerima panggilan telefon daripada seorang Menteri Perikatan Nasional (PN) sehari sebelum sidang media pembubaran parti bahagian yang dibuat hari ini.

“Ada seorang Menteri yang hubungi saya semalam tapi saya kata sudah buat keputusan. Pada saya prinsip tidak boleh digadai demi maruah.

“Ini akan dikenang selama-lamanya di mana seorang yang pengkhianat jadi saya tidak sanggup untuk dilihat sebagai seorang yang tidak ada prinsip dalam memegang jawatan.

“Ia adalah amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli,” katanya dalam sidang media di Kelab Golf Bangi, hari ini.

Mohd Sufian bagaimanapun enggan memperincikan siapa menteri berkenaan kepada media.

Ketua Bahagian Bersatu Bangi, Mohd Sufian Mat Yunus bercakap pada pada Sidang Media Pembuburan Parti Bersatu Bahagian Bangi di Bangi Golf Resort, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 OGOS 2020.

Semalam, kecoh apabila empat bahagian Bersatu di Selangor mengumumkan pembubaran, sambil menyuarakan sokongan mereka terhadap parti baru yang ditubuhkan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bahagian Petaling Jaya, Klang, Jeram dan Ulu Langat, menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi Bersatu.

“Dengan itu lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya selaku Ketua Bahagian Parlimen Bangi dengan ini secara rasminya setelah mendapat keputusan seluruh Ahli Jawatankuasa meletakkan jawatan bersama dengan saya. Hari ini saya menzahirkan pembubaran Parti Bersatu di Bangi,” kata Mohd Sufian di hadapan lebih 50 ahli yang bertindak keluar parti hari ini.

Selain Bersatu Bahagian Bangi, turut dibubarkan hari adalah Bersatu Bahagian Kota Raja.

Dalam pada itu, Mohd Sufian berkata, dijangka seramai 300 ahli aktif parti itu akan bertindak keluar parti tidak lama lagi.

“Bahagian Bersatu Bangi ada 1,200 ahli dan dianggotai 11 cawangan yang layak bersidang, yang aktif 500 orang sahaja.

“Jangka yang keluar parti adalah adalah 300 ahli sebab itu yang aktif dan mungkin ada gelombang kedua daripada mereka yang tidak dapat pada hari ini dan akan menyertai parti yang akan ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama lagi.

“Dalam 11 cawangan itu yang bubar adalah Bangi, Seksyen 4, Balakong Jaya, Cheras Perdana dan Kajang utama,” kata Mohd Sufian lagi.

Yang tidak meletak jawatan adalah Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Armada, Ketua Srikandi dan dua Ahli Jawatankuasa Bahagian masih menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Baguslah bubar,senang sikit MN nak tentukan kerusi. Kalau sudah tiada penyokong janganlah minta orang lain pula nak sokong.

  2. Bagus… Kamu keluar dari bersatu untuk bergabung dengan orang yang mengkaya kan anak2 dan kroni sedang ahli2 dibawah tiada ape2… Tahniah buat semua yang keluar parti kerana anda semua bakal di tipu lagi oleh atuk dan anak kesayangan si boboi

Comments are closed.