KUALA LUMPUR – Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Klang seperti yang diumumkan dalam satu sidang media semalam adalah tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti itu.
Peguam Mohamad Siddiq Azani yang juga Ketua Penerangan Armada Putrajaya berkata, pembubaran hanya boleh dilakukan setelah mendapat tiga perempat undi ahli yang layak hadir ke persidangan khas (Fasal 30 Perlembagaan).
Katanya, ia juga hanya boleh dilakukan setelah notis 14 hari diberikan oleh Setiausaha Bahagian (Fasal 18.7 Perlembagaan) bagi mengadakan persidangan khas tersebut.
“Bahagian Klang tidak mematuhi notis 14 hari tersebut maka apa-apa keputusan dalam sidang media semalam adalah tidak sah.
“Bahagian Klang masih wujud dan belum terbubar. Yang berlaku hanya lah segelintir ahli yang keluar dari parti,” katanya dalam kenyataan di sini.
Semalam Ketua Bersatu Klang, Datuk Syed Abdillah Syed Abd Aziz mengumumkan tindakan keluar parti setelah mendapat persetujuan kesemua ahli jawatankuasa bahagian dan lima cawangan di bawahnya yang hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
“Kami seluruh barisan Bersatu Bahagian Klang yang diketuai oleh saya sendiri, Syed Abdillah Aziz, secara sebulat suara hilang segala kepercayaan terhadap kepimpinan peringkat penaja Bersatu kami dan membuat keputusan untuk membubarkan Bahagian Bersatu Klang dengan serta-merta.
“Dengan ini, kami secara rasminya meletakkan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan diri kami keluar dari Bersatu berkuat kuasa secara serta-merta,” katanya dalam sidang media di Hotel Crystal Crown, Klang.
Menurut Syed Abdillah, Bahagian Bersatu Klang mempunyai 10 Cawangan dengan jumlah keahlian 2800 orang ahli, yang mana lima daripadanya adalah menyokong kepimpinan beliau, dua pihak lawan manakala tiga pula telah dibubarkan kerana didapati melakukan penipuan semasa pemilihan baru-baru ini. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
sah tak sah pun semua ahli dah lari dah. tinggallah badan yang tak bernyawa.
Nampak macam pandai rupanya bodoh dan tak tau peraturan. Semangat macam dragon ball tapi perangai macam tikus orang orang blackout ni.
Biarlah mereka keluar dari kem Muhyiddin. Pi sokong orang tua nyanyok madey tu. Bila dia dijemput Allah apa akan jadi agaknya kpd parti baru tu. Skang PM doing a great job, PN steady jer, MN lagi steady, orang2 Bersatu pun tentu akan sokong calon PN atau MN dlm PRK atau PRU nnti….no problem la. Aku ahli PKR pun bila PRU akan sokong parti yg boleh diharap, skang nmpaknya PN lah. PH, Bersatu Blackout semua ni tak boleh pakai langsung, lingkup negara dibuatnya.