Pesawat A330 milik Shenzhen Airlines.

BEIJING – Sebuah pesawat China yang menjunam lebih 5,500 meter dalam tempoh dua minit selamat mendarat, menurut laporan media milik kerajaan.

Sebuah pesawat Shenzhen Airlines menjunam daripada ketinggian 9,297 meter kepada 3,733 meter dalam tempoh dua minit, kira-kira 25 minit selepas berlepas, menurut laporan televisyen CCTV seperti dipetik Bloomberg.

Pesawat tersebut yang berlepas dari Shenzhen menuju ke Xian.

Pesawat Airbus, A330 itu mengalami ‘peningkatan tekanan tidak normal’ apabila ia mendaki pada ketinggian 9,200 meter dan juruterbangnya mengikuti prosedur dan mengurangkan ketinggian kepada tahap ketinggian yang selamat, menurut kenyataan Shenzhen Airlines.

Pesawat itu kembali ke Shenzhen pada pukul 9.13 pagi waktu Beijing dan semua penumpang serta anak kapal selamat meninggalkan pesawat, menurut kenyataan syarikat penerbangan berkenaan. – Agensi