Saturday, December 14, 2024
Home Dunia Sekurang-kurang 7 terbunuh kebakaran hotel Covid-19

Sekurang-kurang 7 terbunuh kebakaran hotel Covid-19

MUMBAI – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut apabila kebakaran berlaku pada awal pagi di sebuah hotel yang digunakan sebagai kemudahan untuk Covid-19 di negeri Andhra Pradesh, India, kata polis.

“Beberapa orang yang terperangkap dan cedera telah diselamatkan dan dipindahkan ke hospital kerajaan. Kebakaran telah dikawal tetapi operasi menyelamat dan memadam kebakaran masih dilakukan,” kata seorang konstabel di bilik kawalan polis, Lakshmi.

Menteri Dalam Negeri, Amit Shah menerusi akaun Twitter memberitahu: “Amat dukacita dengan berita kebakaran tragis di kemudahan Covid-19 di Vijayawada, Andhra Pradesh,”.

“(Kerajaan) Pusat akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat dalam masa yang sukar ini. Berdoa semoga cepat sembuh kepada mereka yang tercedera,” katanya.

Pada minggu lalu, lapan pesakit Covid-19 mati dalam kebakaran yang berlaku di wad rawatan intensif di sebuah hospital swasta di Ahmedabad, barat India.

Ketua Menteri Andhra Pradesh, Jagan Mohan Reddy telah mengarahkan para pegawai melakukan siasatan kebakaran hotel itu, lapor ANI. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast