Mount Sinabung spews volcanic materials into the air as it erupts, in Karo, North Sumatra, Indonesia, Monday, Aug. 10, 2020. The rumbling volcano erupted Monday, sending a column of volcanic materials a few thousands meters into the sky. Sinabung is among more than 120 active volcanoes in Indonesia, which is prone to seismic upheaval due to its location on the Pacific "Ring of Fire," an arc of volcanoes and fault lines encircling the Pacific Basin. (AP Photo/Sugeng Nuryono)

KUALA LUMPUR – Asap debu dari gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia yang meletus pada pukul 11.37 pagi tadi dijangka memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri-negeri di utara serta timur Semenanjung bermula malam ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, asap debu letusan gunung berapi itu akan turut memasuki ruang udara negeri-negeri di timur Semenanjung iaitu Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Keadaan ini (asap debu) boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 hingga 5,000 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia dijangka tidak menjejaskan kualiti udara negara.

Perkara itu adalah berdasarkan model trajektori HYSPLIT yang dijana MetMalaysia dan ramalan daripada Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia.

Selain itu, beliau turut memaklumkan tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara akibat letusan gunung berapi itu dan keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh negara menunjukkan kualiti udara yang biasa iaitu pada kadar baik dan sederhana.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.  – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast