Gambar hiasan

MELBOURNE – Australia merekodkan jumlah kematian paling buruk pandemik koronavirus hari ini susulan gelombang kedua jangkitan di Melbourne.

Negeri Victoria – yang mana Melbourne merupakan ibu negaranya merekodkan 19 kes kematian.

Malah, Victoria mencatatkan dua per tiga daripada 314 kes kematian dan hampir dengan 21,400 kes koronavirus.

Tetapi jumlah jangkitan harian – walaupun masih dalam jumlah ratusan – telah menurun dalam beberapa hari terakhir, menunjukkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan berfungsi dengan baik.

Sekatan perjalanan kali kedua di Melbourne bermula lebih dari sebulan yang lalu, tetapi penduduk telah dikenakan perintah berkurung pada waktu malam dan syarat yang lebih ketat sejak 3 Ogos.

Para pekerja pula perlu mendapat kebenaran untuk meninggalkan rumah dan semua perniagaan yang tidak penting telah ditutup.

Memakai topeng di tempat awam juga wajib.

Victoria melaporkan 322 kes baharu pada hari Isnin, turun daripada paras tertinggi 725 yang direkodkan lima hari yang lalu. Negeri-negeri lain melaporkan sedikit kes atau sifar.

Lebih dari 100 kematian telah direkodkan di Victoria hanya dalam satu minggu terakhir ketika kadar kemasukan ke hospital juga meningkat. – MalaysiaGazette