PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan, ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan hari ini.

Mayat lelaki yang berusia 40an itu ditemui terbaring di aras bawah mahkamah berkenaan pada kira-kira pukul 11.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana sidang akhbar berhubung insiden itu akan dibuat oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan esok.

Soffian berkata, pihaknya juga masih menjalankan siasatan lanjut serta terperinci berhubung kejadian itu, dan, mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – Bernama