Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 13 JULY 2020. nominate PM Prime Minister Agong declaration letter
Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 13 JULY 2020.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menggesa Ahli Parlimen yang balik ke kawasan terutama tempat yang diumum perintah kawalan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) supaya membuat ujian saringan Covid-19 sebelum menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata, ia merupkan langkah berjaga-jaga selari dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani penularan wabak tersebut.

Ini kerana katanya, semua pihak sedia maklum mengenai kewujudan kluster baharu yang berpunca daripada ‘super spreader virus strain’ (jenis virus yang menular secara cepat) melanda di kawasan utara Semenanjung.

“Ini penting kerana saya tahu Ahli-Ahli Yang Berhormat (YB) pulang ke kawasan masing-masing.

“Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekang penularan Covid-19, selain memastikan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar, maka saya ingin sarankan kumpulan berikut membuat ujian Covid-19,” katanya ketika menyampaikan pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini..

Azizan menegaskan, bagi mereka yang bergejala, individu dalam siasatan (PUI), individu dalam pemantauan (PUS), kontak rapat kepada kes positif, perlu membuat ujian saringan berkenaan untuk kebaikan semua pihak.

Katanya, ia merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dimbil berat oleh semua Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette