Jimmy Lai. Foto WSJ

HONG KONG – Hartawan perniagaan Hong Kong, Jimmy Lai telah ditangkap dan pejabat surat khabarnya diserbu oleh polis atas tuduhan bersekongkol dengan tentera asing.

Kesnya adalah penangkapan berprofil tinggi setakat ini di bawah undang-undang keselamatan kontroversial yang dikenakan oleh China pada bulan Jun.

Lai telah menjadi suara pro-demokrasi dan penyokong tunjuk perasaan yang meletus tahun lalu.

Pada bulan Februari, Lai yang berusia 71 tahun, juga memiliki kewarganegaraan United Kingdom didakwa melakukan perhimpunan dan ugutan secara haram.

Dia diberi jaminan polis.

Media negara China, Global Times menggambarkan Lai sebagai “penyokong rusuhan” dan penerbitannya sebagai “menghasut kebencian, menyebarkan khabar angin dan memburuk-burukkan pihak berkuasa Hong Kong dan negara China selama bertahun-tahun”.

The Global Times juga melaporkan bahawa dua anak lelaki Lai dan dua eksekutif kanan Next Digital juga telah ditangkap.

Puluhan polis juga dilihat memasuki bangunan surat khabarnya Apple Daily, dalam serbuan dalam pejabat media tersebut.

Polis mengesahkan di Facebook bahawa tujuh lelaki berusia 39 hingga 72 tahun telah ditangkap kerana disyaki bersekongkol dengan tentera asing dan kesalahan lain, tetapi tidak menyebut nama Lai.

Tindakan hampir 200 pegawai polis menyerbu bilik berita Apple Daily, akhbar pro-demokrasi terbesar di Hong Kong, sangat mengejutkan bagi banyak pihak di sini, sekaligus menunjukkan pelaksanaan dalam perubahan undang-undang keselamatan dilaksanakan dengan segera.

Lai dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah lebih daripada AS$1 bilion, terlibat dalam industri pakaian yang kemudian meneroka industri media menerusi Apple Daily.

Media itu kritikal terhadap Apple Daily. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast