KUALA LUMPUR – AmBank menawarkan bantuan pembayaran semula dan lanjutan moratorium kepada individu dan perusahaan kecil dan sederhana menjelang berakhirnya moratorium pada 30 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, bank itu kini sudah menerima permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman daripada pelanggan.

“Kami mengutamakan keperluan pelanggan kami yang berdepan dengan masa yang sukar dan akan menawarkan bantuan pembayaran balik dan penambahan moratorium bagi membantu pelanggan kami memenuhi pembayaran hutang mereka.

”Program yang disasarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan belum mendapat pekerjaan serta pekerja dengan gaji yang lebih rendah. Bantuan kami akan terus diperluaskan kepada PKS kerana kami memahami banyak perniagaan sangat terjejas akibat wabak Covid-19,” katanya sambil meminta para pelanggan menghubungi bank. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast