Pelabuhan Hong Kong. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan memerintahkan barangan import dari Hong Kong dilabeli sebagai ‘Made in China’ menurut draf dokumen kerajaan.

Langkah itu dilihat meningkatkan lagi ketegangan perdagangan antara kedua negara.

Notis itu akan diterbitkan dalam Daftar Persekutuan AS pada 11 Ogos dan menyatakan barang yang dihasilkan di Hong Kong dan diimport ke AS mesti ditandakan sebagai buatan China.

Ini akan bermula 45 hari selepas tarikh penerbitan dalam daftar.

Impak sebenar kepada peraturan baharu ke atas Hong Kong itu kemungkinan terhad kerana terdapat sedikit eksport langsung dari bandar ke AS.

Sebilangan besar penghantaran bandar ke AS terdiri daripada eksport semula, atau barang yang melewati wilayahnya tanpa pengubahsuaian yang besar.

Hong Kong eksport kira-kira HK$ 304 bilion (AS$ 53.8 bilion) ke AS tahun lalu, hanya kira-kira 1.2 peratus adalah eksport domestik, menurut data dari Jabatan Banci dan Statistik Hong Kong.

Hampir 80 peratus adalah eksport semula dari China ke AS.

Perubahan itu dibuat kerana perintah eksekutif Presiden Donald Trump pada Julai lalu yang mengakhiri status istimewa Hong Kong dengan AS “kerana penentuan bahawa Hong Kong tidak lagi memiliki kuasa autonomi dalam perbezaan layanan dalam hubungannya dengan China,” kata notis itu.

Keputusan AS dikuatkuasakan setelah China mengumumkan sekatan terhadap 11 orang Amerika sebagai pembalasan atas tindakan serupa yang dikenakan oleh AS pada hari Jumaat lalu. – MalaysiaGazette