Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah ditahan sebanyak dua kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak pernah tidur di dalam lokap.

Itu bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mencampuri urusan suruhanjaya itu SPRM dalam menjalankan penyiasatan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, Najib juga mengakui yang beliau tidak ditempatkan di lokap SPRM pada 20 September 2018 sebaliknya diletakkan di dalam bangunan SPRM.

”Di manakah sebenarnya Najib menginap pada malam itu? Untuk rekod, tiada penafian atau pembetulan terhadap kenyataan Najib dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki atau SPRM sendiri.

“Azam sebetulnya menjawab soalan saya secara profesional dan bukannya mencabar saya untuk membuat laporan polis atau saman SPRM di mahkamah berkenaan komen saya di Facebook. Dalam hantaran tersebut saya langsung tidak menyebut tentang layanan pegawai SPRM ketika saya dalam tahanan SPRM pada 6 ke 7 Ogos 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng membuat kenyataan itu selepas Najib menegaskan beliau ditahan bukan sekali tetapi dua kali dan SPRM ketika itu berada di bawah pentadbiran PH.

“Adakah anda fikir kompleks SPRM itu sebuah hotel untuk saya bermalam dengan selesa atau adakah SPRM di bawah kerajaan PH anda akan memberikan saya keistimewaan?

“Tidak seperti anda, saya ditahan dua kali untuk semalaman oleh SPRM – sekali bagi kes SRC pada bulan Julai 2018 dan sekali lagi untuk kes 1MDB pada bulan September 2018.

“Bukan itu sahaja tetapi isteri saya juga perlu bermalam di SPRM tidak seperti isteri anda yang dibenarkan pulang,” kata Najib yang menjawab dakwaan Guan Eng kononnya beliau diberi layanan baik oleh suruhanjaya tersebut.

Tambah Guan Eng, beliau cuma mempersoalkan SPRM mengapa Menteri Kewangan sebelum saya tidak menerima layanan sepertinya, tidur di dalam lokap berlantaikan papan tanpa tilam dan bantal selain memakai T-shirt lokap SPRM berwarna oren.

Beliau turut mempersoalkan SPRM bagaimana penyokong-penyokong Perikatan Nasional sudah mengetahui tentang pendakwaannya empat hari sebelum dia didakwa pada hari Jumaat.

“Adakah pihak SPRM akan mengambil tindakan atau berpura-pura tidak tahu tentang kebocoran maklumat dalaman?,” tanya bekas Menteri Kewangan itu.’

Dalam kenyataan tersebut, Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut yang Najib telah memilih untuk membuat serangan peribadi terhadapnya dan isteri setelah telah ditangkap dan didakwa oleh SPRM walaupun wang RM3.3 juta yang kononnya wang suapan tidak pernah dijumpai dalam mana-mana simpanan mereka.

Beliau turut menempelak Najib agar tidak perlu tunjuk pandai dan konon-konon tahu bagaimana keadaan penjara atau lokap.

Jelas Guan Eng, beliau pernah ditahan di Pusat Tahanan Kamunting untuk 18 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 dan sekali lagi dipenjara untuk 18 bulan di Penjara Kajang pada 1998.

”Mungkin Najib beranggapan bahawa lokap SPRM semacam bilik hotel kerana beliau yang tidak pernah menginap di situ.

”Dari nada beliau, Najib mungkin fikir bahawa isteri saya sedang melalui apa yang dilalui oleh isteri beliau sebelum ini. Saya ingin menegaskan bahawa semua tuduhan rasuah terhadap saya dan isteri saya adalah tidak berasas,” ujarnya yang amat marah apabila isteri beliau telah dijadikan sasaran walaupun dia tidak terlibat dengan apa-apa urusan kerajaan.

Kata Guan Eng: ”Apatah lagi saya tidak mampu untuk memberikan isteri saya 12,000 bentuk barang kemas yang terdiri dari 2,200 bentuk cincin, 1,400 utas rantai, 2,100 gelang tangan, 2,800 bentuk subang, 1,600 bentuk kerongsang, 14 mahkota tiara, atau 423 utas jam mewah (antaranya berjenama Rolex, Chopard dan Richard Mille), 234 pasang kaca mata gelap mewah (termasuk yang berjenama Versace dan Cartier), 567 buah beg tangan mewah dari 72 jenama terkenal (termasuk dari Chanel, Prada, Versace, Bijan, KWANPEN and Judith Leiber), 272 beg tangan Hermès (Birkin bag) or RM 116 juta dalam 26 matawang berbeza”.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, beliau tidak akan menjawab cabaran Najib supaya menjawab 10 soalan berkenaan projek terowong kerana ia adalah percubaan jahatnya untuk memerangkapnya menghina mahkamah.

”Saya tidak akan termakan dengan helah beliau untuk menjawab 10 soalan tersebut yang mungkin subjudis, kecuali untuk terus menegaskan bahawa projek terowong dan jalanraya itu telah dianugerahkan melalui proses tender terbuka dan bukannya oleh saya,” katanya.

Sebaliknya, Guan Eng menegaskan Lembaga Tender Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianggotai penjawat awam kanan yang lain telah membuat keputusan memilih syarikat yang mana memenangi tender.

Beliau juga berkata, tuduhan rasuah terhadapnya adalah tidak berasas kerana ketika siasatan, mereka tidak menjumpai apa-apa wang rasuah dalam milikan saya mahupun membuktikan yang wang rasuah itu wujud.

”Najib sememangnya diberi layanan istimewa, di mana beliau bukan sahaja tidak perlu direman dalam lokap SPRM, malah tidak malu untuk terus bercakap sesuka hati walaupun telah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan SRC International.

”Saya tiada layanan istimewa sedemikian, justeru saya akan membuktikan kebenaran di mahkamah nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Bukan ker najib ditangkap zaman kerajaan ph dn segala bentuk agensi pendakwaan dibwh kuasa kj ph…so knp x nk komen andai benar la kata2 apek tu yg najib dpt layanan vvip….dan apek pulak layanan longkang….

  2. Apa masalah ni? DSNR bekas PM. Ramai orang menghormatinya. Dia banyak menolong rakyat. LGE ni siapa? Apa kebaikan yang dia buat terhadap rakyat. Susahkan rakyat, itulah kerja dia selama ini. Tak payah pura-pura lagi. Siapa lagi percaya kepada dia?

  3. Dia yg kena BossKu pulak yg nk disalahkan..nape la bengap sgt apek konunis ni…LU SAPA NAJIB SAPA LU PIKIR LA SNDRI APEK

  4. Teruk dan amat buruk sifat-sifat Lim Guan Eng ni terlalu mencari orang lain untuk dijadikan bahan perbandingan tetapi bila dijelaskan dia lari untuk menjawab.
    Sifat dia bagai binatang suka memburukkan orang lain dan terus sembunyi.
    Yang jelas Lim Guan Eng sehingga kini ada sifat-sifat bangsa pendatang yang senantiasa TIDAK Berterima Kasih Dan cuba membolot serta menghuru-harakan keamanan Malaysia, lihat contoh lain etnik Rohingya juga mirip sifat Lim Guan Eng. Bahaya dan amat merosakkan jika jenis ini diberi layanan istimewa sebagai Manusia

  5. Padan muka cina sepet ni dap ni… Siasat sampai lubang cacing.. Cari bukti sampai ke akaun2 luar negara yg bolrh sabit kesalahan cina rasis ni… Kurang hajar sangat…

Comments are closed.