Foto Instagram Achey.

KUALA LUMPUR – Pelawak popular, Achey kerkongsikan kegembiraan peminatnya apabila rumah impiannya sejak 10 tahun lalu kini siap sepenuhnya

Menerusi Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, meksipun mengambil masa lama namun dia tidak putus asa berusaha untuk memiliki apa yang diimpikankannya.

Ahli kumpulan Bocey itu turut memuat naik foto bersama rumah tiga tingkat impiannya.

“Syukur, saya percaya doa orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan 10 tahun impian untuk memiliki rumah sendiri.

“Walaupun masih hutang bank, tetapi ia juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan percaya tanamkan sasaran serta jayakan sasaran itu meski bertahun lamanya,” tulisnya.

Achey, 33, berkata sebelum ini banyak perniagaan yang diusahakannya tidak berjaya sehinggalah perniagaan yang dijalankannya kini mendatangkan hasil sekaligus membantu mereka sekeluarga.

“Bisnes juga sangat membantu. Banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga. Tapi, kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan,” katanya.

Tempoh 10 tahun bukanlah waktu yang singkat kerana kata Achey banyak dugaan yang perlu dilaluinya.

Namun juara Bintang Mencari Bintang itu bersyukur Allah permudahkan segalanya dan setiap dugaan diberikan ada hikmahnya.

“Dugaan? Penat dengan dugaan. Kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab.

“Nak diceritakan terlalu panjang. Apa pun, terima kasih kepada beberapa rakan yang membantu kami sepanjang proses saya mendapat dan menyiapkan rumah ini,” katanya. – MalaysiaGazette