TERKINI : Bersatu Bahagian Kuala Langat Undur Diri Dari Parti

Lebih 350 ahli termasuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian dan Cawangan Kuala Langat malam ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Timbalan Ketuanya, Mohd Abdullah Mohd Tuniman, tindakan itu diambil kerana mereka sebulat suara telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.