Deputi Komisioner, Mior Faridalatrash Wahid.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seolah-olah menghina polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi video tular di laman sosial, semalam.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas 2 laporan polis dibuat di balai polis Travers dan Jalan Tun Razak hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan Mohd Asri yang anggota PDRM tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.

Semalam, 1 klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam sidang media mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat.- BERNAMA

5 Komen

  1. Asri Janggut tak faham tuntutan agama. Elok jumpa Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Ebit Liew untuk kefahaman. Di hanya pada janggut dan kopiah. Ilmu ugama setakat iqraq aje.

  2. Klu jaga solat pasti akn takut pada Allah, klu ingin buat sesuatu yg haram..sekiranya seseorg itu knl Allah n beramal solah , sudah pasti segala2 nya Allah di utama kn..

  3. Batu ko tak.pyh nk msuk cmpur lh..biar kn tuan punya bdan yg tentu kn dri sendiri, ko tak plu nk nk jadi anjing myalak pula ya..biar polis yg siasat..

  4. Asri beri peringtan saja, bukan menghina! Bagus la tu ingat mengingati macam ingat mengingati dalam isu COVID-19.

    Lagipun jarang2 sangat tengok angota2 polis sholat disurau2 awam ke, R&R ke, atau masjid ke? Tak tahu lah kalau2 itu SOP polis tak boleh sholat ditempat2 awam?

    Mohon pencerahan!

Comments are closed.