Zahidi Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menambah sejuta lagi dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma MyFreeview.

Ini kerana perkhidmatan percuma berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada rakyat terutama penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, kementeriannya akan memastikan perkhidmatan siaran digital berkualiti itu akan diterima di semua kawasan tanpa terganggu.

“Sekarang ini permintaan MyFreeview cukup tinggi. Kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta lagi (dekoder) untuk kita beri perkhidmatan percuma kepada rakyat terutama di luar bandar untuk permintaan itu.

”Kita akui di sesetengah tempat yang tiada perkhidmatan jalur lebar, capaian MyFreeview agak kurang baik, ada gangguan.

“Bagaimanapun apabila kita cadangkan untuk bagi jaluran 5G, termasuk 700 MHz iaitu spektrum yang dicadangkan… ia akan menjadi lebih baik. Buat masa sekarang kementerian masih belum beri kepada syarikat tertentu untuk jalankan spektrum 5G,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen (Pasir Puteh-PAS), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang meminta kerajaan menyatakan status perkembangan pelaksanaan bagi meningkatkan capaian jalur lebar supaya siaran televisyen digital tidak mengalami gangguan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Masih ramai lagi tak dpt decoder mytv walaupun nama tersenarai sebagai penerima decoder percuma mytv. Harap menteri ambil maklum dan arahkan segera pemasangan dibuat kpd penerima.
    Ada juga org yg sepatutnya dpt iaitu org B40 tapi nama tidak tersenarai. Harap MG boleh panjangkan perkara ini kpd pihak mytv dan kerajaan.

Comments are closed.