Noh Omar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang (BN), Tan Sri Noh Omar menyifatkan kerajaan Selangor sebagai zalim apabila mendakwa merobohkan premis peniaga kecil di kawasan Sungai Buloh.

Menyuarakan mengenai perkara itu di Dewan Rakyat, beliau menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin supaya campur tangan bagi menolong peniaga kecil terbabit selepas terkesan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19.

Katanya, beliau menyokong langkah meroboh peniaga seperti yang menjalankan aktiviti haram seperti menjual arak, judi dan pusat hiburan haram, namun bukan melibatkan peniaga kecil.

“Sebab apa roboh. Jangan jadikan mereka mangsa dengan tindakan zalim ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Hari ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita beberapa premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu di Bandar Baru Sungai Buloh.

Antara premis yang disita adalah pusat hiburan tanpa lesen dan beberapa premis perniagaan lain.

Sebanyak 98 notis pemberitahuan dan tujuh notis meroboh kepada 94 premis dikeluarkan oleh pihak MBSA.

Dalam pada itu Noh berkata, beliau telah turun ke Sungai Buloh tengah hari tadi bagi melihat sendiri gerai peniaga kecil yang dirobohkan.

Beliau turut mendakwa, notis yang dikeluarkan juga tidak mengikut peraturan berikutan terdapat beberapa notis daripada MBSA yang mahu meroboh dengan serta-merta.

“Mana boleh roboh serta-merta. Kena ada notis dan ikut arahan mahkamah,” tegasnya.

Bagaimanapun, Zuraida ketika menggulung perbahasan memberitahu, beliau tidak dapat menjawab mengenai isu perobohan tersebut kerana ia kini dalam siasatan polis.

Ujarnya, beliau akan menghubungi MBSA terlebih dahulu untuk memeriksa dan melihat isu sebenar yang berlaku di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Masalh lh..byk tgn2 ni…skrg ni skong peniaga kecil ke sokong pdtng asing yg bniaga haram..pening kpla ahli politik ni..biar lh pihak bkuasa buat kerja..ahli politik lbh baik diam lh..tak pyh nk tjuk hero sgat lh..selama ni tak ada pula nk jadi hero, tiba2 kes viral ni..ramai pula ahli politk yg masuk cmpur n nk tjuk ambil tahu pula dah..slama ni ambik tahu ke pasa pniaga kecil ni…udah2 lh ya..biar pihak bkuasa buat kerja tentu kn benar or salah.

  2. Ini lah ahli politik yg tak berprinsip.
    Sesuatu tindakan yg baik patut disokong.
    Seperti merobohkan bangunan haram, walaupun ianya melibatkan peniaga melayu.
    Peniaga yg tidak mengikuti peraturan, sehingga menghalang lalu lintas.
    Peniaga yg tak berlesen.

    Yang berlaku adalah mungkin kebanyakan peniaga warga negara asing.
    Atau peniaga warga negara asing yg dilindungi oleh rakyat tempatan.

  3. Bertindak kepada peniaga yg bersalah tidak salah, tapi Pihak berkuasa lebih berani bertindak keatas
    orang Melayu, susah untuk bangsa lain…, atas alasan takut dikata rasis. Contoh Melayu yg jadi mangsa bangsa sendiri ialah pengambilan tanah orang Melayu Kerpan, Kedah (Utk projek udang), perkampungan Melayu batu 10 Cheras (untuk lebuhraya), sisir pantai Melayu di Melaka, pantai Kundur? (untuk projek petrokomia?).

Comments are closed.