Halimah Mohamed Sadique

KUALA LUMPUR- Tempoh pengecualian caj bayaran di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dipanjangkan lagi bermula Julai 2020 sehingga Disember 2020.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadiqque dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut diambil bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga yang masih terjejas berikutan penularan Covid-19.

“Pada 19 Mac 2020 yang lalu, Menteri Perpaduan Negara telah mengumumkan pengecualian sumbangan ibu bapa/penjaga bagi tempoh Mac 2020 hingga Jun 2020,” katanya.

Menurut Halimah, pemanjangan tempoh pengecualian itu akan melibatkan seramai 38,749 murid di Tabika Perpaduan dan 947 kanak-kanak di Tabika Genius Perpaduan.- MalaysiaGazette