Mesej yang diterima Diivek dari tuan rumahnya.-Gambar FB

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki India mendakwa dia diusir dari bilik yang disewanya di Subang Jaya hanya kerana tuan rumah mahu penyewa berbangsa Cina.

Penyewa berkenaan, Diivek Suppiah mendakwa diusir selepas kira-kira dua minggu menyewa bilik berkenaan.

Dia yang menyatakan rasa kecewa dan marah dalam media sosialnya semalam terpaksa berpindah atas alasan yang rasis.

Lelaki berusia 24 tahun itu menewa bilik berkenaan selepas diuruskan oleh pihak pentadbiran aparmen berkenaan sebelum ini.

“Saya bekerja di Sunway jadi saya menyewa bilik utama kondo di sini dan telah membayar deposit dan sewa pada waktunya,” katanya dipetik dari portal SAYS hari ini.

Selain memastikan keadaan bilik kemas dan bersih, tuan rumah pun mengetahui dirinya berbangsa India semasa menandatangani perjanjian sewa rumah.

“Tapi tiba-tiba saya menerima mesej dari tuan rumah, ‘Hi, morning, very sorry to inform you, after discussing with my family and partner, we only prefer Chinese tenants to stay in our unit’.” katanya.

Malah tuan rumah mahu dia berpindah dalam masa satu hari sahaja dan mahu memeriksanya pada esok paginya.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana pihak pengurusan kemudiannya mendapatkannya menyewa bilik kosong di kondo yang sama.

Masalah yang dikongsinya di media sosial ternyata menerima banyak respon yang kecewa dengan sikap tuan rumah yang dilihat tidak adil dan memberi alasan yang rasis.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ingatkan rasis ditempat kerja sahaja? Rasis dalam pengambilan pekerja, prefer Mandarin spoken only?

    Rupanya RASIS forever, dimana2 bahagian dunia!

  2. org cina mmg RASIS tapi yg dituduhnya org Melayu dan india… india pulak selalu perasan yg org cina sayang bangsa dia… tak caya tengok india dlm DAP… mcm tu jugak melayu dlm Pakatan PeeH… dah la bo*oh sombong lak tu

Comments are closed.