“Makcik Gelang Pink” Didenda RM8,000 | EDISI MG 8 Mlm – 14 Ogos 2020

Wanita warga emas yang tular sebagai ‘makcik gelang pink’, hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin, awal bulan lepas.

Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman terhadap Nur Emah Mohamad Hashim, 72, selepas dia mengaku bersalah. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran, di Lengkok Meru Permai 1, Halaman Meru Permai, kira-kira 8 pagi, 6 Julai lepas.