Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia membuka pintu kepada mana-mana bekas pemimpin dan anggota UMNO sekiranya mereka berminat menyertai parti itu.
Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil langkah progresif bagi membuka semula pintu rundingan kepada parti-parti pembangkang yang lain bagi membina semula imej dan kekuatan menjelang tahun hadapan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara (Amanah) digesa mewujudkan pakatan dengan Parti Pejuang Tanah Air yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gesaan berkenaan disuarakan oleh Ketua-ketua Pemuda Amanah kawasan Lembah Pantai, Batu, Bandar Tun Razak dan Bukit Bintang yang berpendirian kerjasama berkenaan seiring pendirian untuk mengembalikan mandat rakyat dan sistem demokrasi negara yang tidak berkesudahan daripada individu yang mempunyai kepentingan politik peribadi.

“Sehubungan dengan perkembangan terkini politik negara, kami selaku Ketua-Ketua Pemuda Amanah Kawasan Lembah Pantai, Batu, Bandar Tun Razak dan Bukit Bintang mendesak pimpinan Jawatankuasa Tertinggi Amanah Nasional supaya membuat pilihan segera untuk menetapkan pendirian teguh mewujudkan pakatan bersama Tun Mahathir dan,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Ketua Pemuda Amanah itu terdiri daripada  Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Anhdeer Supardy (Batu), Mohd Nur Fadhil (Bandar Tun Razak) dan Sheikh Khuzaifah (Bukit Bintang).

Menurut kenyataan itu, Pemuda Amanah mahu fokus membantu pembinaan semula sistem demokrasi, ekonomi dan pentadbiran negara pasca wabak Covid-19.

“Justeru, kepimpinan Amanah harus fokus kepada perjuangan menyelamatkan rakyat Malaysia daripada terus diterajui oleh kerajaan pengkhianat yang sanggup menggadaikan integriti dan menyokong kleptokrat demi imbuhan jawatan dan kuasa,” tambahnya.

Dalam pada itu, keempat-empat Ketua Pemuda berkenaan turut menzahirkan solidariti terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berhadapan dengan tuduhan rasuah.

“Kami sebulat suara menyokong perjuangan beliau untuk menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan di mahkamah.

“Kami menyeru agar perbicaraan dan layanan terhadap beliau dilaksanakan secara adil dan saksama tanpa pilih kasih supaya tidak disalah guna demi kepentingan pihak tertentu sebagai intimidasi politik,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pergi lah bekerjasama dgn atuk… Bagi atuk mengkayakan lagi anak cucu dia… Kamu akan di putarbelit sampai terbelit la nti

  2. Elok sangat PAN bekerjasama dengan PP, tidak payah lagi lah masuk PH. Harap Abng Non bagi kata dua pada Abg Mat, nak sokong Abng Non jadi PM ke atau nak sokong Tun jadi PM lagi. Kalau nak sokong Tun jadi PM lagi sila PAN berambus dari PH.

Comments are closed.