Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersorak dengan penduduk pada ceramah umum BN sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Trolak Selatan, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 15 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak menyindir parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengadakan mesyuarat di rumah sahaja.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, ini kerana parti yang dikenali Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menyaksikan bekas perdana menteri keempat dan dan ketujuh itu memegang jawatan sebagai pengerusi manakalanya anak, Datuk Seri Mukhriz sebagai presiden.

Jelas beliau, perjuangan di dalam parti sebenarnya bukan untuk anak dan keluarga mana-mana pemimpin.

“Sebelum ini dicalonkan anaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Bobo (Mukhriz). Tergamak beliau, maknanya parti siapa ini.

“Bapa chairman (pengerusi), anak presiden. Mesyuarat di rumah sahajalah. Perjuangan kita bukan untuk anak dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada majlis memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz di Dewan Semai Bakti Trolak Selatan di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini bulan lalu, Mahathir terus meletak seorang lagi bukan calon tempatan di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Namun yang menimbulkan persoalan kata bekas Pengerusi BN, apa perlu parti baharu yang ditubuhkan oleh Mahathir itu yang juga bekas Pengerusi Bersatu.

“Apa perlunya parti politik baharu orang Melayu sebab ‘Atok’ (Mahathir)  kata masalah orang Melayu kerana banyak parti politik,  dia sendiri cakap apa gunanya, ramai nak jadi presiden.

“Jadi akhirnya dia pula buat, kata orang cakap tidak serupa bikin dan dia tubuh parti baharu, timbul lagi parti yangg boleh juga pecah belah orang Melayu

“Kita sudah ada UMNO iaitu parti terbesar Melayu, Pas parti kedua dan gabung dalam Muafakat Nasional (MN) dan parti bunga (Bersatu) tengah risik tunggu dulu dan kita apa keputusannya,” katanya. – MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. Kutty ni memang nak kena kuti kepala dia. Mari kita kuti ramai ramai sebab kepala dia banyam kutu.

  2. Politik…tiada musuh dan sahabat yg kekal…
    Kecuali salah guna kuasa dan rasuah…akan dihukum di dunia dan dilaknat diakhirat.

Comments are closed.