Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PPBM, Tan Sri Syed Hamid Albar.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 164 Bahagian Armada Bersatu diseluruh negara telah berjaya mengadakan persidangan.

Manakala sembilan bahagian lagi gagal bersidang kerana ketiadaan korum, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Syed Hamid Albar.

“Pada hari ini (semalam) 15 Ogos 2020 (Sabtu), buat julung-julung kalinya Armada bahagian-bahagian di seluruh negara telah serentak mengadakan persidangan tahunan masing-masing.

“Seramai 9,496 orang perwakilan telah membuang undi semasa persidangan bahagian-bahagian armada tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Persidangan Armada bahagian telah berlangsung semalam manakala Srikandi Bahagian dijadualkan hari ini.

Perhimpunan Agung tahunan pula dijadual berlangsung pada 27 September manakala Perhimpunan Agung Armada serta Srikandi pula pada 26 September nanti. – MalaysiaGazette