Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Mana-mana parti politik yang mahu menyertai Muafajat Nasional (MN) mesti ikhlas dan memahami kewujudannya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Ini kerana, MN ialah wadah penyatuan dan perpaduan orang Melayu supaya bangsa itu menjadi teras politik nasional yang stabil, seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Mohamed Khaled mengingatkan penyertaan MN bukan untuk menyelamatkan kerusi, jawatan atau parti yang sedang berpecah dari dalam.

Sebab itu, MN ada pengerusi bersama bukan seorang pengerusi, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Majlis Pimpinan Tinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) telah bersetuju menyertai Muafakat Malaysia yang disertai UMNO dan Pas sebagai sebuah gabungan besar.

Muhyiddin selaku Presiden Bersatu berkata, penyertaaan parti tersebut dalam MN akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Saya percaya inilah pilihan terbaik untuk Bersatu. Kita memilih untuk berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara kita.

“Dengan terbentuknya penyatuan antara Bersatu, UMNO, Pas dan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, sebahagian besar sokongan rakyat telah pun berada di pihak kita,” katanya semalam.

Sebelum itu, Khaled dalam kenyataan berasingannya berkata, Bersatu boleh menyertai MN, walau bagaimanapun kemasukannya dalam janganlah digunakan pula untuk mendesak UMNO menyertai Perikatan Nasional.

”Menjadi sebahagian dari MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian dari PN,” kata Khaled. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bersatu sah sertai Muafakat Nasional

 

2 Komen

  1. Fenomena keluar Bersatu beramai2 gagal dihentikn..bila ‘masuk’ MufukatNasionl maka boleh la menumpang jentera umno Pas dlm pru15 nanti..presiden Bersatu adlh jga Perdana menteri, selesai saja pru15 dn MufukatNasionl menang, jgn harap nk jdi PM semula,.

  2. Adalah rakyat Bersatu sakit hati bila Muhyiddin sanggup berkrompromi serta menggadai maruah dengan bekerjasama dengan pasangan Zahid & Najib yang masing2 mempunyai kes mahkamah seleweng ratusan juta ringgit yang sedang berjalan dan wujud tanda kes prima facie terhadap kedua dua individu terbabit. Paling sedih insiden ketua Armada Bersatu kena boo semalam. Ha ha ha gelak

Comments are closed.