Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercakap kepada media selepas hadir ke majlis Ramah Mesra bersama masyarakat kampung Felda Trolak Selatan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 Slim di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan, Perak. foto MOHD ADZLAN, 16 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn mengesahkan hubungan Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kekal erat walaupun negara itu memeterai perjanjian damai dengan Israel baru-baru ini.

Hishammmudin berkata, Malaysia mengamalkan sikap hormat-menghormati hubungan antara dua negara yang mengatasi pendirian semasa.

Jelas beliau tiada sebab untuk Malaysia tidak lagi berbincang dengan UAE pada masa akan datang.

“Hubungan saya dengan UAE cukup hubungan cukup erat dan sikap hormat-menghormati dua negara ini harus mampu mengatasi pendirian semasa.

“Tidak ada sebabnya saya tidak boleh bincang dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas hadir para Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan hari ini.

Beliau diminta sama ada hubungan Malaysia dan UAE akan terjejas merujuk kepada perjanjian damai negara itu dan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat pada 13 Ogos lalu.

Hishammuddin sebelum ini dalam kenyataannya berkata, Malaysia melihat pemulihan hubungan di antara UEA dan Israel sebagai hak kedaulatan UAE.

Namun beliau mengulangi pendirian Malaysia berhubung penyelesaian dua negara bagi konflik Palestin-Israel.

Jelas beliau, pendirian negara mengenai isu itu sentiasa konsisten iaitu menolak tindakan unilateral dan menyalahi undang-undang Israel yang mahu melaksanakan pelan memperluas kawasan Palestin yang didudukinya di Tebing Barat. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tengok tu….. Mana ikut SOP -TIADA PENJARAKAN SOSIAL DAN ADA YG TAK PAKAI PELITUP MUKA.

    Teruknya dia orang nie……

Comments are closed.