Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah merempuh empat kereta dan sebuah motosikal hingga menyebabkan beberapa orang tercedera dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam semasa lori lima tan yang membawa muatan perabot dari arah Bayan Lepas menghala Gelugor itu dipandu lelaki berusia 38 tahun, dan turut bersama beliau adalah kelindan berumur 39 tahun.

“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat itu pemandu lori yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah masuk ke laluan bertentangan sebelum kenderaan itu merempuh sebuah motosikal dan empat kereta yang sedang menunggu lampu isyarat merah di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan dua lelaki berumur 32 dan 40 tahun mengalami kecederaan serius, manakala seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mengalami retak tulang dada.

Soffian berkata pemeriksaan terhadap lori itu membvawa kepada penemuan daun kering dipercayai dadah jenis ganja dalam paket lutsinar di atas papan pemuka berhampiran tempat duduk pemandu kenderaan itu, serta cecair dalam botol air mineral dipercayai air ketum yang disembunyikan di bahagian belakang tempat duduk.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu dan kelindan lori itu positif dadah jenis ganja. Mereka direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Bila kes mabuk kemalngn bkn main lagi ngo2 melayu rasist pelampau extremis menyalak melolong nak mampus mainkn isu perkauman dn agama..tapi bila kes dadah mabuk ketum ekseiden diam menikus je ngo2 melayu gariskeras ni, mungkin melibatkn bangsa dia mejoriti mkn dadah minum ketum kot.

Comments are closed.