Antara barangan dirampas Majlis Perbandaran Klang dalam operasi gempur premis perniagaan di Jalan Klang Sentral kelmarin.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 sitaan pelbagai kesalahan dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi gempur di Jalan Klang Sentral 5/KU5, Klang kelmarin.

Timbalan pengarah penguatkuasanya, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, tindakan itu dikenakan hasil pemeriksaan ke atas tujuh premis perniagaan di kawasan berkenaan.

“Tiga premis didapati mempunyai lesen kedai runcit tetapi menjual ayam hidup dan arak tiada lesen sah manakala empat lagi kedai pelbagai jenis perniagaan juga didapati tiada lesen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurit beliau, hanya satu premis dikendalikan warga tempatan dan selebihnya dijaga warga asing.

Ujarnya, MPK tidak mempunyai kuasa mengenai kebanjiran warga asing namun pihak berkuasa tempatan itu sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani isu berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan peniaga warga asing. Malah, kita akan memperhebatkan lagi operasi dari semasa ke semasa,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.