Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

KUALA LUMPUR – Calon Naib Presiden Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengucapkan syabas kepada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas diangkat untuk memimpin sayap pemuda, Armada bagi penggal 2019 hingga 2022.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada , Timbalan Ketua Armada Sabah, Ceasar Mandela Malakun yang dipilih sebagai Naib Ketua Armada bagi tempoh yang sama.

“Tahniah dan Syabas diucapkan kepada YB (Yang Berhormat) Senator Wan Ahmad Fayhsal di atas kemenangan sebagai Ketua Armada Malaysia dan Saudara Ceasar Mandela Malakun di atas kemenangan sebagai Naib Ketua Armada Malaysia.

“Syabas juga diucapkan kepada 15 orang barisan Exco Armada yang telah memenangi pemilihan Armada semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, seramai 9,496 orang perwakilan telah mengundi semasa persidangan tahunan Armada bahagian di seluruh negara.

Daripada 173 bahagian Armada yang layak bersidang, 164 telah berjaya mengadakan persidangan manakala sembilan bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast