Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz tidak mengambil sikap ambil mudah dan selesa walaupun hanya berdepan dua calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu berkata, apa yang penting, BN mahu meraih kemenangan besar pada PRK kali ini.