Datuk Seri Rina Mohd Harun.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rina Harun kekal sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Srikandi Malaysia menerusi senarai nama penuh keputusan pemilihan sayap itu sebentar tadi.

Jawatan Naib Ketua Srikandi pula ia disandang oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kekal memegang jawatan Ketua Srikandi setelah beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan tersebut.

Mas Ermiyati pula menang jawatan itu dengan 10,079 undi.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap Srikandi pula keputusan memihak kepada Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir dengan 8000 undi manakala, Timbalan Pengerusi Tetap Srikandi dipegang oleh Ruhaya Mohamed Yusof dengan 8702 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast