Penduduk di Ganderbal, Kashmir dan Udhampur, Jammu kini sudah boleh akses Internet selepas setahun dihalang menikmati kemudahan tersebut. foto Agensi

SRINAGAR – India memulihkan semula perkhidmatan Internet 4G berkelajuan tinggi di dua daerah di Kashmir setelah Mahkamah Agung memutuskan penutupan Internet di kawasan itu tidak sah.

Sekatan komunikasi telah dilaksanakan selepas sebahagian otonomi wilayah majoriti Muslim dibatalkan oleh Perdana Menteri Narendra Modi tahun lalu.

Pihak berkuasa mengatakan keadaan keselamatan tidak kondusif untuk memulihkan akses internet mudah alih.

“Perkhidmatan data mudah alih berkelajuan tinggi di daerah Ganderbal dan Udhampur akan dipulihkan segera, berdasarkan percubaan,” kata satu kenyataan kerajaan, sambil menambah kelajuan Internet akan terus dihadkan bandar-bandar lain.

Menurut perintah yang dikeluarkan oleh Jabatan Dalam Negeri Jammu dan Kashmir, perkhidmatan data mudah alih berkelajuan tinggi akan dipulihkan di daerah Ganderbal, Kashmir dan Udhampur, di wilayah Jammu dengan segera.

Perintah itu adalah sah sehingga 8 September bulan depan, katanya.

Arahan itu mengatakan Internet berkelajuan tinggi akan diberikan kepada pelanggan pasca bayar sementara pelanggan prabayar akan dapat menikmati faedah perkhidmatan hanya setelah proses pengesahan selesai.

Kawasan lain di Jammu dan Kashmir hanya menikmati perkhidmatan 2G. – MalaysiaGazette